Tuesday, October 21, 2008

APAKAH KITA BERIMAN DENGAN ALLAH?

وَإِذَا سَمِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ * وَمَا لَنَا لاَ نُؤْمِنُ بِاللّهِ وَمَا جَاءنَا مِنَ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَن يُدْخِلَنَا رَبَّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ *فَأَثَابَهُمُ اللّهُ بِمَا قَالُواْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاء الْمُحْسِنِينَ * وَالَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ المائدة:83-86

Terjemahan Ayat:


83. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang Telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah beriman, Maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.).

84. Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh ?".

85. Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (yaitu) surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. dan Itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang ikhlas keimanannya).

86. Dan orang-orang kafir serta mendustakan ayat-ayat kami, mereka Itulah penghuni neraka.


PENYAMPAIAN KULIAH TAFSIR

Assalamualaikum wrm.

Alhamdulillah


Iman merupakan perkara pokok dalam agama. Iman menjadi asas kepada semua intipati agama yang lain. Tanpa iman, tidak berguna apa pun yang dikaitkan dengan agama.

Dalam ayat tadi Allah menjelaskan apabila mereka (orang-orang yang beriman) mendengar apa yang diturunkan kepada nabi Muhamamd (Al-Quran), mereka tersentuh dan mengalirlah air mata mereka kerana keyakinan yang bersemadi dalam hati mereka.

Mereka mengaku bahawa mereka beriman dengan segala apa yang didatangkan oleh rasul dan bersaksi dengan kebenaran Rasul. Iman mereka tidak ada dolak dalik dan mereka percaya sepenuhnya dengan apa yang didatangkan oleh Rasul.

Dengan sebab keimanan mereka yang jitu itu, Allah memuji mereka sebagaimana dalam firmannya:

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا

Maksudnya: demikianlah kami jadikan kamu ummat yang sederhana agar kamu menjadi saksi kepada manusia atas kebenaran rasul dan rasul pula bersaksi bahawa kamu sebagai orang yang beriman.


Beriman dengan Allah tidak cukup dengan lafaz sahaja. Iman perlu dibuktikan dengan amal dan tindak tanduk. Bukan beriman namanya jika seseorang itu tidak solat.




0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template